Himpunan aman yang dianjurkan dengan kerjasama parti politik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berlangsung selama kira-kira satu jam setengah.

Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Juwahir Amin berkata, himpunan aman itu dianjurkan bagi menyatakan rasa cinta dan sayang kepada Nabi Muhammad SAW. 

"Kami mahu pihak berkuasa memberi hukuman selayaknya kepada mereka yang melakukan penghinaan ini. 

"Rakyat khususnya masyarakat Islam perlu bersatu dalam menghadapi situasi ini," katanya ketika berucap dalam himpunan berkenaan. 

Turut hadir, Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Hairi Mad Shah. - UTUSAN ONLINE