Pengarah Eksekutifnya, Latheefa Koya berkata, beliau sama sekali sukar untuk menerima kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa masyarakat tidak wajar menjatuhkan hukuman kes perkahwinan bawah umur di media sosial.

“Kenapa pertahankan pelaku seks sumbang ini dengan menyatakan orang awam menghukum dia? Adakah ini usaha menghalang perbincangan umum mengenai perkara itu?.

“Orang ramai berhak mengkritik tindakan pelaku itu dan menggesa perkahwinan kanak-kanak di Malaysia dihentikan. Perbincangan ini penting dan sepatutnya digalakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE