Henin selangkah lagi untuk mara ke peringkat akhir buat kali ketiga sejak kembali dari persaraan selepas menewaskan pemain nombor dua dunia, Caroline Wozniacki 6-7 6-3 6-4.

Beliau kini berpeluang membalas dendam atas kekalahannya kepada Clijsters di Terbuka Brisbane Januari lalu selepas lawannya itu menewaskan pemain Australia Samantha Stosur 6-3 7-5.

Henin, enam kali menjuarai Grand Slam menyertai kejohanan tersebut atas tiket wildcard, bangkit dari kekalahan set pertama pada set kedua dan servis tunggal pada set ketiga sudah cukup baginya untuk mara ke separuh akhir. - Reuters