Pengerusinya, Dr. Hasnita Hashim berkata, di bawah bi­dang pendidikan, an­tara yang akan dibe­ri perhatian adalah pemerkasaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Kita akan lihat semula kurikulum, latihan tenaga pengajar dan cara pembelajaran di institusi pendidikan kita. Perlu pastikan tenaga pengajar dapat mendidik pelajar untuk jadi seorang tenaga kerja yang kreatif, inovatif dan berdaya tahan. 
“Untuk UniKL pula kita akan lihat semua bidang pengajian. Mungkin perlu dikurangkan untuk memastikan kualiti terhadap satu-satu bidang itu memuaskan.

“Kita juga akan mengga­lakkan penglibatan pelajar di Institut Perindustrian Ma­ra-Jepun (MJII) dan German-Malaysian Institute (GMI) dalam memastikan pelajar kita mendapat lebih pendedahan dari luar,” kata­nya kepada pemberita dalam Maj­­lis Ramah Mesra Pengerusi Ma­ra Bersama Media, di sini hari ini.

Sementara itu, Has­nita berkata, da­lam bidang keusahawanan, Mara akan mengetatkan syarat pinjaman usahawan bumiputera yang ma­hu memulakan perniagaan sebagai salah satu langkah untuk menghadapi keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

“Usahawan baharu yang me­mohon dana Mara perlu ada pengalaman dahulu, ti­dak boleh lepas belajar terus mahu jadi usahawan.

“Contohnya jika mahu ceburkan diri dalam bidang makanan dan minuman, perlu bekerja dalam bidang itu untuk tahu selok-belok sebelum memohon dengan Mara,” katanya.