Kegusaran pada wajah para peniaga jelas kelihatan apabila sambutan orang ramai yang hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun lalu.

Peniaga barangan perhiasan wanita, Nurfatin Mohd. Roslan berkata, dia hanya mampu mencatat jualan sebanyak RM20 pada hari pertama gerainya dibuka di situ.

Berbanding tahun lalu, dia berjaya mencatat keuntungan lebih RM5,000 pada hari pertama.

“Saya amat terkejut apabila sambutan pada tahun ini hambar berbanding tahun lalu. Kehadiran orang ramai juga kurang memberangsangkan.

“Jumlah gerai jualan juga semakin berkurangan dan ramai rakan peniaga pada tahun lepas tidak menyertai perhimpunan kali ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di PWTC di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE