Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu sekali gus dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan menambah bilangan pengguna pada masa akan datang.

Beliau malah berkata, usaha itu juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina sebuah masyarakat berurusan tanpa tunai.

Jelas Anthony, pihaknya juga bercadang untuk meluaskan sistem tanpa tunai terhadap pengangkutan yang lain.

“Ia akan dilakukan secara berperingkat.

“Difahamkan syarikat Prasarana juga mempunyai perancangan mengunakan sistem tanpa tunai dalam perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dan sebagainya,” katanya selepas melancarkan Kempen Tanpa Tunai Pengangkutan Awam di sini hari ini.

Kempen itu menyaksikan penyertaan daripada rakan strategik Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) seperti Boost e-wallet, GrabPay, Mastercard, Maybank, Touch ‘n Go, UnionPay dan Visa yang mempromosikan sistem tanpa tunai. - UTUSAN ONLINE