Dr. Mahathir pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Siti Hasmah kerana sentiasa menemaninya dan atas sikap sabar wanita itu.

"Happy Birthday to my wife Hasmah. Terima kasih kerana sentiasa bersama dan menemani saya," kata Perdana Menteri menerusi satatan dalam akaun Twitter dan Facebook beliau.

"Saya sedar masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja lebih-lebih lagi sekarang, kerana itu saya menghargai kesabaran isteri saya. Semoga diberkati Allah sentiasa," katanya.

Dr. Mahathir sendiri menyambut harijadi ke-94 pada Rabu lepas. - BERNAMA