Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pengguguran perkataan itu sekali gus memberikan hakim kebebasan untuk membuat pilihan sama ada menjatuhkan hukuman mati atau penjara namun tidak boleh kurang daripada 10 tahun.

“Apabila mereka didapati mengguna atau membawa dadah sekian banyak (jumlah tertentu) , maka mereka akan dikenakan hukuman mati mandatori iaitu kuasa hakim kita ketepikan. Bahkan, undang-undang juga menidakkan hak hakim untuk menyatakan hukuman yang dikenakan.

“Kita hapuskan perkataan mandatori dan kekalkan bahawa hakim boleh membuat pilihan sama ada mereka akan kenakan hukuman mati atau penjara namun ia tidak boleh kurang dari 10 tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Dr. Mahathir, perkara itu dipersetujui selepas mendapati masalah jenayah penyalahgunaan dadah di negara ini semakin merunsingkan. - UTUSAN ONLINE