Kementerian Luar dalam satu kenyataan turut menyatakan pendirian bahawa keganasan berterusan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan Israel yang langsung tidak menghiraukan laporan ‘Independent International Commission of inquiry on the Protests in the Occupied Palestinian Territory’ yang dikeluarkan sebulan lalu, jelas membuktikan kerajaan itu sememangnya ‘degil’.

“Oleh itu, Malaysia menyeru seluruh dunia untuk menentang tindakan Israel bagi mengelakkan lebih banyak nyawa rakyat palestin yang tidak bersalah terus terkorban,” kata kenyataan itu di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE