Gangguan itu termasuklah membabitkan kemudahan WiFi, paparan maklumat penerbangan balai pelepasan dan kaunter mengambil bagasi.

Menurut sumber, keadaan itu berlaku di terminal pelepasan dan penumpang yang ingin mengambil bagasi di balai ketibaan.

Sehubungan itu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya dalam usaha membaiki sistem berkenaan dengan segera.

"Sehubungan itu, para penumpang dinasihatkan untuk tiba ke lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas dan memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk jadual terkini.

"Kami akan mengeluarkan maklumat terkini mengenai situasi sama ada melalui platform media sosial MAHB atau kenyataan media," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Untuk sebarang masalah atau maklumat lanjut, para penumpang boleh mendapatkan perkhidmatan Ambassador Care Airport MAHB atau menghubungi talian 0387762000.-UTUSAN ONLINE