Kejadian semalam itu mengakibatkan kira-kira 30 juta penduduk terjejas apabila gangguan bekalan elektrik berlaku, akibat masalah di beberapa loji tenaga.

AFP yang memetik kenyataan syarikat bekalan elektrik PT Perusahaan Listrik Negara (PLN) sebagai berkata, bekalan elektrik di beberapa bahagian di Jakarta kembali pulih bermula 11 malam, waktu tempatan, iaitu kira-kira 12 jam selepas bekalan itu terputus.

Kejadian itu bagaimanapun tidak menjejaskan hospital-hospital di Jakarta dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, kerana kedua-dua lokasi itu memiliki penjana tambahan. -AFP