Baginda yang berusia 45 tahun akan melangsungkan perkahwinan dengan kenalan lamanya, Cik Sofie Louise Johansson, 33, warga Sweden.

Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, istiadat perkahwinan tersebut diadakan secara sederhana selepas solat Isyak.

“Tiada jemputan luar hanya kerabat terdekat sahaja yang dijemput.

“Baginda menitahkan supaya pengumuman ini dibuat dan memohon kepada seluruh rakyat supaya mempermudahkan dan mendoakan perkahwinan ini bahagia sehingga ke jannah,” katanya dalam sidang di Istana Balai Besar di sini hari ini. 

Beliau berkata, baginda turut menitahkan supaya semua cenderamata perkahwinannya didermakan kepada badan kebajikan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK); rumah anak yatim dan orang tua. - UTUSAN ONLINE