Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Fuzi Harun dilantik Ketua Polis Negara ke-11

Fuzi Harun dilantik Ketua Polis Negara ke-11
Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang secara rasmi bersara hari ini.

Penyerahan tugas yang berlangsung pagi ini disaksikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Khalid yang juga Ketua Polis Negara ke-10 memulakan tugas sebagai inspektor pada 5 Disember 1976.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013 menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat perlantikan secara kontrak.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain