Ford dalam satu kenyataan berkata, langkah melibatkan kereta Ford Focus keluaran 2012 hingga 2018 dengan enjin 2.0 liter bagi menangani masalah injap yang mungkin mengakibatkan kecacatan pada tangki minyak dan bacaan tahap minyak tidak tepat.

“Ini boleh mengakibatkan kenderaan mati semasa dipandu dan kegagalan untuk menghidupkan semula kenderaan yang memungkinkan risiko kemalangan,” katanya. - AFP