JKKN dalam kenyataannya di sini hari berkata, program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN) itu akan berlangsung di Auditorium DBP, di sini pada pukul 3 petang, Sabtu ini.

Katanya, program itu bertujuan mempromosi teater sebagai satu aktiviti masa lapang yang sihat selain memupuk minat dan kemahiran pelajar dalam Bahasa Melayu.

“Pertandingan yang masuk tahun ketiga ini melibatkan lebih 10 buah SJKC di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Duta Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai,” katanya. - UTUSAN ONLINE