Festival yang dijangka menerima 5,000 pengunjung itu bakal dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Perak, Tan Kar Hing pada Ahad ini.

Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata, majlis penutup PECAF 2019 pula akan disempurnakan oleh tokoh kartunis negara, Datuk Md. Nor Khalid atau Lat pada pukul 5 petang hari yang sama.

Menurut beliau, penganjuran festival itu adalah kesinambungan daripada sambutan baik acara siri Pekan Kartun yang adakan sebelum ini.

“Objektif PECAF 2019 ialah untuk menjadi platform menghubungkan para penggiat seni kartun dan animasi tempatan dengan pemegang taruh industri seni visual negara.

“Ia juga diharap dapat menjadi platform mengumpul data serta maklumat berkenaan pemain industri kartun dan animasi untuk dilibatkan dalam projek-projek anjuran PORT,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Festival ini dianjurkan dengan kerjasama strategik daripada Kerajaan negeri Perak, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Persatuan Animasi Malaysia dan Penggiat Komik Malaysia.

Beberapa acara menarik disusun antaranya

pertandingan melukis, ‘doodle battle’,demonstrasi melukis grafiti, persembahan muzik, tayangan animasi tempatan serta pertandingan ‘cosplay’.

Acara lain yang dijangka menarik perhatian

pengunjung ialah pameran koleksi komik era tahun 40-an sehinga 60-an oleh tokoh penulis, Rudi Mahmood serta pameran ‘Designer Art Collectibles’ oleh iNCH LAB.

Turut mengisi program PECAF 2019 ialah sesi Bicara Santai bersama Datuk Lat yang berkongsi kisah pengalaman beliau sebagai kartunis sejak berusia 13 tahun. - UTUSAN ONLINE