Menurut Fernandes, beliau menyifatkan tindakan menyiarkan insiden berkenaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Fernandes menerusi beberapa siri ciapan semalam berkata, Facebook Inc. sepatutnya boleh melakukan lebih daripada itu berbanding membiarkan perkara tersebut tersebar. Beliau memiliki 670,000 pengikut di Facebook.

Sebelum ini, ikon industri penerbangan negara itu pernah memberitahu akan menutup laman Twitter miliknya berikutan penyebaran kebencian melalui media sosial.

Fernandes mempunyai 1.29 juta pengikut di Twitter dan telah menghasilkan ciapan sebanyak 20,300 kali sejak membuka akaun pada 2008.

Twitter berkenaan digunakan untuk memberitahu perihal perkembangan terkini syarikat termasuk kempen promosi serta perkembangan pasukan bola sepak yang dimilikinya.

Fernandes adalah pemilik bersama kelab Queens Park Rangers dan dikenali antara eksekutif perniagaan yang aktif di media sosial. Pada 2014, beliau menggunakan Twitter sebagai medium maklumat kepada orang awam berhubung kemalangan pesawat AirAsia di Indonesia.

Antara hantaran ciapan susulan penutupan akaun Facebook, Fernandes turut menyertakan komen yang menyatakan beliau akan kekal di Twitter.

“Masih banyak yang saya perlukan lakukan di Twitter,” katanya. - AGENSI