Justeru, beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, sedia mengatur pertemuan antara Syed Saddiq dengan pendakwah antabangsa, Dr. Zakir Naik bagi sesi soal jawab antara dua individu tersebut.

Katanya, beliau menunggu jawapan dari pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sama ada menerima pelawaan tersebut atau sebaliknya.

"Ketika Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran mendakwa Melayu sebagai pendatang di mana Syed Saddiq menghilangkan diri.

“Tetapi, apabila Zakir bercakap sedikit mengenai masyarakat India, dia terus melenting dan mahu pendakwah bebas itu dihalau pulang ke negara asalnya, India,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, Syed Saddiq membidas kenyataan Zakir yang dimuat naik oleh sebuah portal dan menjelaskan, orang Cina Malaysia bukan tetamu tetapi warganegara yang cintakan negara bertuah ini.

“Kekuatan Malaysia adalah terletak kepada kesatuan rakyatnya. Cukuplah perlekehkan kesatuan dan kesetiaan kita. Saya kenal ramai orang Cina dan India yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kita,” jelas Syed Saddiq.

Sebelum ini, Kula Segaran yang merupakan Naib Pengerusi DAP pernah mendakwa Melayu adalah golongan pendatang di negara ini.

Namun, kata Fathul Bari, ketika orang Melayu bangkit menafikan kenyataan menteri itu, Syed Saddiq pula mengambil sikap berdiam diri.

Katanya, begitu juga, ketika Koon Yew Yin menghina anggota tentera dengan menyifatkan pasukan keselamatan itu hanya makan dan tidur, Syed Saddiq juga dilihat tidak menegur ahli perniagaan itu.- UTUSAN ONLINE