Memetik laporan Astro Awani, Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Amin Shah Iskandar berkata, istilah ‘father and mother’ merupakan terma yang biasa digunakan dalam aktiviti counter-terrorisme.

“Menteri Pertahanan menggunakan rujukan anekdot apabila dia menyebut tentang ‘father and mother’ kepada organisasi pengganas. Ia merujuk kepada unsur penaja pengganas.

“Beliau (Mohamad Sabu) berkata bahawa pengganas sering dilengkapi senjata yang baik seolah-olah mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh menyokong aktiviti mereka,” katanya di sini hari ini.

Dalam persidangan berkenaan, Mohamad turut menyampaikan ucapan bertajuk ‘Asia’s Evolving Security Order and its Challenges’ dan mengadakan pertemuan dua hala serta pelbagai hala sesama rakan sejawatan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dasar pertahanan. - UTUSAN ONLINE