Pengarahnya, Shahrizan Sudiman berkata, pengenalan minuman yang berasaskan isi mempelam sala dingin beku itu boleh dijadikan sebagai minuman baharu untuk diusahakan oleh peniaga minuman atau pengusaha kedai makan di negeri ini.

Beliau berkata, ia sekali gus dapat memperkenalkan produk sala dingin beku yang diusahakan FAMA.

"FAMA telah membeli sala daripada petani untuk mengelak daripada berlaku lambakan dan antaranya telah dijadikan produk dingin beku," katanya.

Shahrizan berkata, potongan isi sala dingin beku ini dijual dalam pek seberat dua kilogram dengan harga RM9 yang boleh dibeli di pejabat FAMA di sini. - UTUSAN ONLINE