Jelas remaja berusia 14 tahun itu, media sosial hanya digunakan untuk menanyakan mengenai kerja rumah dengan rakan-rakan sekolahnya di Jarris Coliegite Institute.

"Facebook dan Instagram ini ibarat pisau kerana boleh menjadi sesuatu yang halal atau haram, bergantung kepada pengguna itu sendiri.

"Sebagai pengguna, sudah tentu saya kena bijak sebab tidak mahu menjadi mangsa dosa atas penyebaran fitnah dalam media sosial," katanya yang telah bergelar hafiz pada usia 11 tahun.

Seramai 10 peserta hafazan berentap dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 yang memasuki hari ketika hari ini.

Sementara itu, peserta hafazan dari Amerika Syarikat (AS), Omar Mohamed Sharif, 16, memberitahu, tidak pernah menyesal apabila tidak mengikuti perkembangan semasa dalam media sosial seperti remaja lain di negara paling maju di dunia itu.

Berjaya mengingati keseluruhan 30 juzuk al-Quran empat tahun lalu, Omar memberitahu, beliau lebih kesal jika tidak dapat membaca sekurang-kurangnya 15 hingga 20 juzuk sehari kitab suci itu.

“Walaupun sudah menjadi hafiz tapi saya masih perlu membaca al-Quran setiap hari agar tidak lupa selain memastikan tidak tertukat ayat-ayat yang hampir sama seperti di dalam surah al-A’raf, Sod dan al-Hijr.

“Saya akui memang permainan video dan Snapchat menarik, tapi mungkin kerana persekitaran keluarga saya yang 24 jam bersama al-Quran membuatkan saya tidak tergoda dengan semua itu,” katanya yang bercita-cita menjadi qari nombor satu di dunia. - UTUSAN ONLINE