Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kamaludin Ahmad berkata, produk pelancongan Etiqa membuat bayaran tuntutan bagi kelewatan penerbangan akibat situasi seperti mogok, keadaan cuaca yang buruk dan kerosakan mekanikal syarikat penerbangan itu.

"Penumpang yang dalam urusan perniagaan juga terjejas kerana mereka mungkin perlu menghadiri mesyuarat atau acara penting yang tidak dapat dijadualkan semula, jadi kelewatan penerbangan mungkin menyebabkan mereka terlepas acara itu secara keseluruhan. Tetapi kami beraxa dalam keasdaan untuk meringankan sesetengah daripada kesulitan yang dialami.

"Oleh itu, bagi kumpulan khas penumpang yang terjejas akibat gangguan sistem di KLIA atau klia2 sejak semalam, kami memberi pengecualian dan akan membayar tuntutan akibat kelewatan penerbangan ini walaupun ia tidak dilindungi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagi pelanggan Etiqa, mereka boleh menghantar mesej WhatsApp di 019-650-7931 (dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat) dengan memberikan nombor kad pengenalan, jadual penerbangan, pas masuk dan butiran akaun bank.

Untuk pertanyaan semasa waktu bukan perniagaan, pelanggan boleh menghantar e-mel ke [email protected] - BERNAMA