Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, ketika ini Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan enam projek membaiki cerun runtuh di sepanjang laluan tersebut.

"Kerja-kerja baik pulih dan mengukuhkan enam cerun terbabit dilaksanakan oleh syarikat konsesi Pintas Utama Sdn Bhd (​PUSB) melibatkan kos keseluruhan berjumlah 5.4 juta. Projek ini dijangka siap pada akhir tahun 2019.

"Buat masa ini, pihak JKR telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi membendung kejadian yang tidak diingini dan orang ramai diminta berhati-hati apabila melalui kawasan terbabit terutamanya pada waktu malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE