Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir berkata, kesemua mangsa ditemukan di Twin Peak malam tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

"Dua mangsa wanita terseliuh pada buku lali manakala dua pendaki lelaki tidak mengalami kecederaan.

"Anggota penyelamat membuat rawatan pada mangsa. Selepas selesai rawatan dan makan, pasukan penyelamat bersama mangsa meneruskan perjalanan keluar," katanya disini hari ini.

Menurut Shahrulnizam, seramai 11 pendaki memulakan pendakian ke puncak Pine Tree Bukit Fraser pada Isnin lalu sebelum tujuh pendaki keluar semalam.

Katanya, pendaki yang berjaya keluar kemudiannya membuat laporan polis selepas empat rakan mereka didapati belum keluar.

- UTUSAN ONLINE