Mereka terdiri daripada Anya Loh Yi Ling, 7; Ameeshenraj Chandran, 10; Yasshmita Jadishkumar, 10, dan Vissnupriya Prushotman, 5.

Yi Ling meraih emas dalam kejohanan wushu bagi kategori perempuan bawah 12 tahun di Taijiquan, China manakala Ameeshenraj menggondol emas dan perak peringkat antarabangsa dalam sukan skuasy lelaki bawah 15 tahun.

Yasshmita memenangi emas dalam skuasy perempuan bawah 15 tahun peringkat kebangsaan dan Vissnupriya meraih emas dalam catur peringkat kebangsaan bagi kategori perempuan bawah 12 tahun.

Kesemua mereka diraikan dalam majlis ringkas di MGS oleh pengasas sekolah itu, Datuk Lee Tian Hock.

Tian Hock berkata, pencapaian tersebut membolehkan para murid itu menerima anugerah dalam bentuk pengecualian bayaran yuran pengajian bagi tahun ini yang bernilai kira-kira RM12,600.

"Anugerah ini adalah satu bentuk galakan kepada murid sekolah ini untuk mencapai kecemerlangan bukan saja dalam akademik tetapi juga kokurikulum dan sukan," katanya.

- UTUSAN ONLINE