Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, arahan itu berkuatkuasa serta merta dan melibatkan sesiapa sahaja sama ada orang perseorangan atau organisasi.

Katanya, kerjasama itu penting kerana ia dapat membantu usaha pihak berkuasa menangani masalah itu yang belum pulih sehingga kini.

"Aktiviti membakar sampah di rumah juga perlu dihentikan. Sama ada pihak kecil atau besar semua mesti beri kerjasama.

"Kita semua mesti sama-sama menjaga kualiti udara sekitar dan penduduk di negeri ini diharap mengelak daripada melakukan perbuatan yang memburukkan keadaan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurutnya, situasi jerebu di negeri ini masih berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga pukul 11 pagi tadi menunjukkan kawasan daerah Seremban pada tahap 127, Nilai (155) dan Port Dickson (113).

Berikutan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai peutup muka dalam keadaan cuaca berjerebu ketika ini.

"Sekolah juga perlu melihat situasi semasa sebelum membenarkan pelajar melakukan aktiviti luar kelas bagi mengelak sebarang masalah berbangkit akibat daripada jerebu," ujarnya.

Aminuddin memberitahu, bacaan IPU terkini setiap jam boleh dirujuk di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat url, http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU di Google Play. - UTUSAN ONLINE