Dalam kenyataan satu yang dikeluarkan hari ini Pejabat Perdana Menteri memberitahu, kos projek itu dikurangkan selepas kerajaan Malaysia dan China melakukan rundingan selama beberapa bulan.

“Kita ingin mengumumkan bahawa kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2 ECRP kini telah dikurangkan kepada RM44 bilion, satu pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asal RM65.5 bilion.

“Pengurangan ini akan pastinya memanfaatkan Malaysia dan meringankan beban kedudukan kewangan negara,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Pejabat Perdana Menteri berkata, kerajaan mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) di antara Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan China Communications Construction Co Ltd. (CCCC) uang akan membuka jalan kepada penerusan projek ECRL.

“Butiran lanjut mengenai perjanjian yang diperbaiki itu akan dimaklumkan pada sidang media Isnin ini,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE