Tindakan tersebut sebagai menyokong sebarang usaha kerajaan dalam menjayakan kempen 'Sayangi Sawitku' yang bertujuan untuk meningkat taraf hidup rakyat, khususnya golongan pekebun komoditi tersebut.

Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam berkata, pihaknya telah memulangkan semula semua produk berkenaan kepada para pembekal.

Menurutnya, sebagai sebuah syarikat Malaysia, Econsave tegas menolak sebarang usaha oleh pihak luar yang ingin menggugat serta memberikan impak negatif terhadap ekonomi negara.

Justaru, Econsave menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk memperkasakan komoditi yang menjadi punca pendapatan sebilangan besar rakyat di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, Econsave menjadi pasar raya kedua selepas Mydin yang mengambil langkah berani tersebut baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE