Seorang daripadanya ialah Datuk Dr. Ahmad Faisal Muhamad yang dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.

Selain itu, Saifuddin turut menyerahkan surat pelantikan kepada Kamsiah Kamaruddin yang dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN.

Majlis penyerahan berlangsung di Wisma Putra, di sini hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memberitahu, Ahmad Faisal pernah memegang pelbagai jawatan antaranya sebagai Penasihat di Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Pejabat Perdana Menteri serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Tugas-tugas Khas) Kementerian Luar.

Sementara itu, jelas Wisma Putra, Kamsiah juga pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Timbalan Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia dari 2016 hingga 2017. - UTUSAN ONLINE