Sebaik sahaja selesai menyerahkan bantuan kepada penghuni rumah anak-anak yatim tajaan Syria Care itu, para petugas yang seramai tujuh orang yang menaiki sebuah van dalam perjalanan pulang ke markas penginapan di Atma melalui kawasan berbukit Sahil dan Bidama.

Menjelang waktu maghrib, para petugas itu melewati kawasan Bidama yang secara tiba-tiba terdengar bunyi letupan.

Ia disusuli dengan satu lagi letupan kuat menyebabkan pemandu van tersebut memutuskan untuk memandu dalam gelap tanpa memasang lampu van bagi mengelakkan daripada menjadi sasaran.

Menurut salah seorang petugas yang sudah lebih enam tahun berkhidmat menyantuni pelarian Syria, Amir Fukhairah, itu merupakan letupan daripada serangan mortar.

Kata Amir, Bidama memang selalu mencari sasaran mortar tentera rejim.

“Setiap hari pasti ada letupan mortar di kawasan ini, dan untuk selamat perlu bergerak sekurang-kurangnya lima kilometer dari kawasan berisiko ini,” katanya.

Para petugas terbabit bagaimanapun berjaya keluar daripada kawasan terbabit dengan selamat. – UTUSAN ONLINE