Ruang pameran Marvel Studios yang dibuka di pusat beli-belah Pavilion, di sini sehingga Oktober 2019 itu menghimpunkan pelbagai karakter, filem serta teknologi di bawah naungan syarikat pembikinan filem tersebut.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas menghabiskan masa kira-kira 45 minit untuk menyaksikan pameran, Dr. Mahathir menjangkakan pameran tersebut akan mendapat sambutan ramai.

Dr. Mahathir malah meminati satu daripada watak dihasilkan oleh Marvel Studios yang disifatkannya sebagai berbadan besar dan garang, namun tidak menamakannya dan pemberita menjangkakan watak tersebut ialah Thanos yang terdapat dalam antara filem diterbitkan.

“Saya fikir ramai jugak akan datang untuk melihat pameran ini. Biasanya mereka lihat karakter ini hanya dalam filem tetapi sekarang mereka boleh tengok dalam tiga dimensi.

“Dulu kalau hendak buat filem kartun kena lukis dengan tangan, tetapi sekarang ini tidak perlu lagi dan hanya menggunakan teknologi animasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran tersebut.-UTUSAN ONLINE