Dua pertubuhan tersebut dalam kenyataan memberitahu, sebaliknya akan ada satu mesyuarat dalaman melibatkan beberapa pertubuhan pelbagai kaum bagi membincangkan isu penambahan seni khat dalam subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Pihak Dong Jiao Zong ingin menjelaskan tiada perhimpunan akan diadakan.

“Mesyuarat dalaman ini semata-mata menumpukan pengupasan dan analisis tentang inisiatif kementerian ini melalui aspek pedologi pendidikan, keberkesanan pembelajaran dan realiti serta fungsi pragmatik seni khat Jawi dalam peningkatan penguasaan dan pengetahuan bahasa Melayu,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan mempertahankan rancangan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 tahun depan meskipun berdepan bantahan daripada pertubuhan pendidikan Cina.-UTUSAN ONLINE