Pedoman


Justeru, pelbagai diet diperkenalkan dalam membolehkan seseorang mengamalkan gaya pemakanan sihat.

Apa kata, anda turut mencuba dengan menjadikan amalan diet yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sebagai panduan. Ini kerana, baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia.

 

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

 

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah seperti koktel

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti

6. Nabi Muhammad SAW biasa memakan bijirin seperti habbatus sauda, barli dan oat

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli

8. Buah tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga menggemari sayuran daripada jenis mentimun

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu

12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut

13. Nabi Muhammad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau

14. Nabi Muhammad SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan

Pengambilan diet dan menghindari larangan seperti diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan kelebihannya dibuktikan melalui kajian sains.

Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.

(Sumber : www.shafiqolbu.wordpress.com)