AKSI sekumpulan sorak yang melambung rakannya untuk memetik sebiji mangga di Manila, Filipina baru-b
AKSI sekumpulan sorak yang melambung rakannya untuk memetik sebiji mangga di Manila, Filipina baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/gambar media sosial 

Gambar yang dikongsi oleh pengguna akaun Twitter, [email protected] dengan status bertajuk ‘Ketika anak cheerleaders mengambil mangga’ menarik perhatian warga maya sehingga mendapat 8,911 ‘retweets’ dan 7,709 tanda suka setakat ini.

Antara gambar yang dikongsi adalah aksi unik seorang remaja perempuan yang dilambung ke udara untuk memetik mangga dengan dibantu oleh lima rakan lelakinya yang membuat formasi salah satu gerakan pasukan sorak. - UTUSAN ONLINE