Pelbagai pekerjaan dibuat anak muda berusia 22 tahun itu dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti menjaga kebun, mengutip buah serta menjaga lembu.

Bagaimanapun Amirul menambah pekerjaan baharu iaitu mengumpul jerami menggunakan mesin traktor khas di kawasan sawah padi.

Katanya, pekerjaan yang dilakukan sejak dua tahun lalu itu bermula seawal pukul 9 pagi hingga 6 petang dan mengumpul sebanyak 50 gulung jerami seluas 18 hektar.

“Alhamdulillah saya menerima upah sebanyak RM1,500 daripada majikan untuk melakukan kerja-kerja tersebut,” katanya kepada Utusan Online di sini baru-baru ini.

Amirul yang hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia menambah, walaupun bekerja dibawah terik matahari, namun dia rasa puas dan bersyukur dengan rezeki diterima hasil daripada titik peluhnya sendiri. - UTUSAN ONLINE