Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan, pendaftaran itu boleh dibuat melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermula hari ini.

Menurut kenyataan itu, kaedah tersebut bertujuan memudahkan urusan pembayaran cukai khususnya pembayar cukai.

“Pemohon juga boleh memuat turun panduan pengguna yang disediakan di laman sesawang tersebut sebagai rujukan.

“Pendaftaran nombor PLT ini akan diproses dalam masa tiga hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat dan semakan boleh dilakukan dalam tempoh tersebut,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE