Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kongres tersebut telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung hasrat tersebut.

Malah beliau berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negera berhubung perkara tersebut.

“Respon (maklum balas dari kerajaan) mesti ada, setakat ini Insya-Allah. Anggaran RM1 bilion (bantuan khas Aidilfitri).Kita pohon untuk penjawat awam yang mempunyai gred 54 ke bawah.

“Bagaimanapun semua itu terpulang kepada kerajaan. Besar harapan kami agar insentif ini dapat dipertimbangkan dengam segera. Kami menunggu berita baik ini dengan penuh harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) Bersama Presiden CUEPACS di Kompleks Imigresen, Kastam, Kua­rantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang malam tadi.

Terdahulu sebelum itu, Azih meluangkan masa melawat kawasan ICQS Rantau Panjang dan beramah mesra dengan kakitangan awam yang bertugas di situ. - UTUSAN ONLINE