Dalam masa sama, Pengerusi Majlis Belia Felda negeri, Izan Asmawi Habidan turut mempersoalkan apa kelayakan dan sumbangan Chef Wan sehingga dinobatkan sebagai Tokoh Ikon Felda.

IZAN ASMAWI HABIDAN
IZAN ASMAWI HABIDAN 

Katanya, kenyataan Chef Wan bahawa peneroka malas adalah keterlaluan ketika para peneroka telah berusaha membangunkan kawasan Felda daripada tiada apa satu masa dahulu, sehingga menjadi gah seperti sekarang.

Ujarnya, sepatutnya sebagai Ikon Felda, Chef Wan perlu memperjuangkan nasib golongan peneroka dan bukannya menghina mereka.

“Kami terasa hati dengan kenyataan Chef Wan. Dia sepatutnya cermin diri dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu. Apa sumbangannya selama ini terhadap Felda.

“Dan satu lagi, ramai lagi individu yang banyak berjasa kepada pembangunan Felda lebih layak menerima pengiktirafan berkenaan (Tokoh Ikon Felda),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Chef Wan menerusi status dalam akaun Instagram miliknya semalam menyifatkan golongan peneroka Felda bukan sahaja malas bekerja untuk memajukan tanah Felda, sebaliknya hanya berharap sepenuhnya kepada bantuan yang diberikan kerajaan.

Sambil menyamakan golongan berkenaan seperti kucing, Chef Wan berkata, golongan itu juga enggan untuk membantu diri sendiri ke arah yang lebih baik.

Tambah Izan Asmawi, Chef Wan perlu meminta maaf berikutan kenyataannya itu yang telah menyinggung hati warga Felda.- UTUSAN ONLINE