Times of India yang memetik kenyataan NASA sebagai berkata, agensi itu juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO) untuk terus menerokai sistem solar bersama-sama.

Misi ke bulan itu berakhir dengan kekecewaan selepas kapal angkasa yang sepatutnya mendarat di bulan terputus ketika berada pada jarak 2.1 kilometer dari bulan.

Andai misi kapal angkasa Chandrayaan-2 berjaya, India menjadi negara keempat selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China yang berjaya mendarat di bulan.

Pendaratan kapal angkasa dikenali ‘Vikram’ dijadualkan mendarat pada 1.53 pagi waktu India, semalam.

ISRO melancarkan kapal angkasa Chandrayaan-2 seberat 3.85 tan metrik itu pada 22 Julai melibatkan kos operasi US$ 140 juta. (RM586 juta). -AGENSI