Sambil menyamakan golongan berkenaan seperti kucing, Chef Wan berkata, golongan itu juga enggan untuk membantu diri-sendiri ke arah yang lebih baik.

“Di sini orang-orang Felda kita walaupun tidak semua sibuk di kedai kopi menyalahkan kerajaan menunggu bantuan. Esok dapat bantuan lain pula ceritanya.

“Ada subsidi baja pun di jual. Dapat duit lebih gatal boleh kahwin dua, tiga bini lagi dan beranak-pinak macam kucing! Ini cerita betul yang pernah berlaku dalam kebanyakan warga Felda. Sikap buruk mereka hari ini ada yang sampai turun ke anak cucu,” katanya menerusi status dalam akauan Instagram miliknya di sini hari ini.

Semalam, Chef Wan yang merupakan generasi kedua Felda berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk dunia menerusi masakan dipilih sebagai Tokoh Ikon Felda pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar. Rompin, Pahang. - UTUSAN ONLINE