carlo rino

Penampilan pasti tidak lengkap tanpa aksesori ini kerana ia memberi nilai tambah dalam setiap penggayaan.

Sebagai satu jenama terkenal, Carlo Rino dilihat sentiasa memahami dan mengambil kira kehendak pelanggan bukan sahaja untuk digayakan pada musim perayaan, tetapi juga untuk pelbagai acara dan ke pejabat.

Justeru, pada tahun ini Carlo Rino melancarkan koleksi bertemakan Daily Pleasure yang mana setiap koleksi itu diperincikan dengan manik, tampalan, sulaman dan 3D.

Pastinya koleksi-tersebut bukan sahaja mengekalkan gaya feminin si pemakai, malah turut menyerlahkan penampilan dengan warna-warna pastel dan terang.

Tampil dengan pelbagai rekaan terkini dan mengikut trend semasa, koleksi kali ini bukan sahaja boleh digayakan ke pejabat, tetapi juga sesuai untuk penampilan harian.

Menggunakan fabrik berkualiti sama ada polos atau bercorak, beg tangan yang dihasilkan untuk pelbagai guna itu mampu memberi keyakinan ketika menghadiri acara.

carlo rino
 

Beg tangan jenama itu bukan sekadar menterjemahkan makna di sebalik gaya, tetapi pemakaiannya juga kelihatan lebih praktikal, sempurna dan boleh mengubah gaya dari siang ke malam atau kasual ke formal.

Keistimewaan yang ditampilkan Carlo Rino untuk beg tangannya adalah ia boleh digayakan sama ada disandang, dipegang atau disilang.

carlo rino
 

Tali yang boleh dilaras menjadikan beg tangan jenama ini versatil serta tahan lasak dan semestinya untuk kegunaan yang berbeza.

Selain beg tangan yang mampu memberikan penampilan sempurna kepada si pemakainya, sepatu juga memainkan peranan yang sama iaitu pelengkap gaya dan menambah keyakinan.

Dihasilkan mengikut potongan, cita rasa dan keselesaan si pemakai, Carlo Rino turut menjanjikan pilihan dengan pelbagai jenis rekaan sepatu sama ada bertumit, tapak rata, tapak tebal, tapak lembut dan baji.

carlo rino
 

Mereka yang inginkan gaya sederhana, kasut jenis sarung dengan perincian reben dan manik pada bahagian hadapan pasti menjadi pilihan.

Kasut bertali tidak ketinggalan kerana rekaan ini kelihatan lebih glamor dan elegan untuk wanita yang bukan sahaja ingin menggayakannya pada musim perayaan, tetapi juga ketika ke pejabat mahupun majlis keraian.

carlo rino
 

Dengan tawaran warna-warna yang pastinya memikat hati sesiapa sahaja yang memandang, pastinya setiap sepatu memberikan idea kepada wanita ketika mengga­yakannya.

Untuk melihat koleksi-koleksi ini boleh layari butik dalam talian di http://shop.carlorino.net dan untuk mengetahui lokasi butik Carlo Rino seluruh negara, layari https://www.carlorino.net/store/.