Jason Ong Khan Lee (PKR-Kebun Bunga) berkata, langkah itu bagi menggalakkan pengunjung ke negeri ini menggunakan pengangkutan awam sekali gus mengurangkan bilangan kenderaan yang memasuki negeri ini.

Menurut beliau, ketika ini, negeri ini dibanjiri lebih satu juta kenderaan berbanding hanya kira-kira 300,000 buah kenderaan 10 tahun lalu.

“Kita mahu gerakkan manusia, bukannya kenderaan, jadi saya harap cadangan ini dapat diperhalusi,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan pengguna feri dari bahagian pulau iaitu Georgetown ke Butterworth turut dikenakan caj yang sama seperti dari Butterworth ke Georgetown.

Ketika ini, bayaran bagi perkhidmatan feri dalam kalangan pengguna terdiri daripada pejalan kaki; berbasikal; motosikal dan kereta hanya dikenakan sehala iaitu dari Butterworth ke Georgetown.

Pejalan kaki dewasa dikenakan caj sebanyak RM1.20; kanak-kanak bawah 12 tahun (60 sen); pengguna basikal (RM1.40); motosikal (RM2) manakala kereta pula RM7.70 bagi perjalanan sehala itu. - UTUSAN ONLINE