AZMIN ALI
AZMIN ALI

Sebaliknya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali boleh pula mendakwa kempen tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai seolah-olah bantahan rakyat sebelum ini tiada sebarang nilai.


Katanya, maklumat yang diperolehi daripada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, menunjukkan rakyat menyambut baik caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di Selangor.


“Saya dah minta Elizabeth buat penjelasan kerana sambutan yang dilaporkan oleh Elizabeth amat positif dalam kalangan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di sini hari ini.