Kompas.com melaporkan lelaki itu memberi alasan perbuatannya itu untuk menguji keperawanan calon isteri anaknya.

Suspek berkata, mangsa berusia 16 tahun seorang gadis yang cantik, tetapi mempunyai ramai teman lelaki sebelum dipinang anaknya.

“Selama ini dia banyak teman lelaki. Hanya untuk uji sahaja,” jelas suspek ketika disoal siasat polis.

Mangsa yang sepatutnya bernikah dengan anak suspek selepas Hari Raya Aidladha, mendakwa telah dicabul sebanyak 10 kali dan dia membenarkannya kerana tidak mahu perkahwinannya terbatal.

Bagaimanapun perkahwinan itu akhirnya dibatalkan apabila kes berkenaan dilaporkan kepada polis.