Perigee mula berlaku pukul 3.47 awal pagi tadi dengan jarak 359,377 kilometer (km) manakala bulan penuh akan berlaku pada 21 Mac, pukul 9.43 pagi esok dengan jarak 360,772 km.

Bulan penuh yang berlaku ketika bulan berada dalam lingkungan 90 peratus menghampiri kedudukan perigee dengan kedudukan bulan di apogee dikira sebagai 0 peratus dan kedudukan bulan di perigee dikira sebagai 100 peratus juga dikenali sebagai Supermoon.

Fenomena ini mengakibatkan bulan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa. - UTUSAN ONLINE