Beliau berkata, jalinan yang unik dari segi seni dan budaya ini juga boleh menjadi contoh kepada bangsa lain di negeri ini termasuk Cina dan India.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Citrawarna Siam anjuran Persatuan Wanita Siam Kelantan di Wat Machimmaran di sini, malam tadi.

“Kebudayaan yang dipertontonkan kepada kita malam ini amat menarik dan saya akan memastikan supaya seni dan budaya masyarakat Siam seperti persembahan Menora dan tarian etnik dipertahankan demi kelangsungan identiti masyarakat keturunan Siam di Malaysia,” katanya.

Mohammaddin berkata, tarian dipersembahkan adalah bertepatan dengan festival yang menggambarkan imej etnik minoriti di negara ini yang hidup harmoni dalam masyarakat majmuk.

Hadir sama Gabenor Narathiwat ,Thailand, Ekkrat Leesen, Konsul General Thai Mongkol Sinsomboon, Pengerusi Persatuan Wanita Siam Kelantan, K.C Ngiam dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri, Mohd Aidil Afizie Daud. - BERNAMA