Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2.50 petang.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Kangsar ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi menyelamatkan mangsa.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati sepasang lelaki dan wanita remaja anggaran umur 20-an terperangkap di seberang sungai disebabkan arus deras.

"Mangsa dipercayai terperangkap disebabkan air sungai naik secara mendadak dan mereka tidak dapat menyeberangi sungai," katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat dibantu kepakaran khas anggota dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan bomba menggunakan teknik 'river crossing' dan 'tensiness diagener'.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan. Operasi ditamatkan pada pukul 3.56 petang," katanya. - UTUSAN ONLINE