Presidennya, Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, anggota Kabinet didapati teragak-agak untuk bertindak dan hanya menunggu arahan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Mereka seolah-olah tidak mampu berfikir atau tidak mempunyai sebarang pendirian.

“Kempen ‘boikot’ itu akan gagal dan menggesa pihak yang menganjurkannya supaya menghentikan langkah itu.

“Seruan yang dibuat adalah seruan yang pandir, kurang matang, memecah-belahkan rakyat dan menghindar kemajuan ekonomi negara,” katanya seperti dipetik Portal Free Malaysia Today di sini hari ini.

Pada 4 September lalu Jemaah Menteri bersetuju bahawa usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar.

Menurut kenyataan Jemaah Menteri yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat mingguan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Jemaah Menteri dalam kenyataan itu menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara.- UTUSAN ONLINE