Sehubungan itu, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) menggesa supaya akta yang digunakan untuk tujuan tersebut dibezakan dengan akta berkaitan rokok kerana perbezaan bahan yang digunakan untuk menghasilkan kedua-dua produk tersebut.

"Tiada alasan yang kukuh untuk meletakkan cecair vape tidak bernikotin di bawah akta rokok kerana vape tidak mengandungi bahan tembakau mahupun tar.

"Oleh yang demikian, kami mohon cecair vape tidak bernikotin diletakkan di bawah produk pengguna," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama Persatuan E-Vaporizer dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) serta 13 persatuan pengusaha vape negeri di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menerbitkan laporan khas yang mendedahkan kedudukan Malaysia sebagai antara sasaran utama industri vape global.

Utusan Malaysia turut menggesa kerajaan mengawal selia penjualan dan penggunaan vape di negara ini melalui peruntukan undang-undang sedia ada atau penggubalan undang-undang baharu. - UTUSAN ONLINE