Ketua Umum PKR Sabah, Datuk Christina Liew berkata, PKR merupakan parti yang berkuasa di negara ini bersama dengan rakan dalam Pakatan Harapan, oleh itu semua usaha perlu ditumpukan kepada agenda reformasi Malaysia Baharu.

Katanya, PKR Sabah menberi sokongan penuh usaha Anwar mengembalikan perpaduan dalam parti lebih-lebih lagi apabila rakyat bergantung kepada PH dan PKR untuk menumpukan kepada usaha pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan bukannya bergaduh sesama sendiri.

Terdapat tanggapan bahawa hubungan Anwar dan timbalannya, Datuk seri Mohamed Azmin Ali retak ekoran penularan video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu. - UTUSAN ONLINE